PROFAIL
   ::  UTAMA
   ::  PRODUK
   ::  DAFTAR AHLI
   ::  PLAN PEMASARAN
   ::  BERITA HPA
   ::  HUBUNGI KAMI
Produk Pilihan

Katalog Senarai
Produk HPA

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida. No daftar perniagaan : AR 4048. No. daftar ISO : MS ISO 9001:2000.

Ibu Pejabat HPA
Lot 1985, Jalan Jejawi Utan Buloh,
Jejawi 02600 Arau, Perlis, Malaysia.
No Tel: 04-9776805, 04-9776804 Fax: 604-9774121

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.

Satu-satunya syarikat Bumiputra Muslim yang mempunyai kilang bertaraf ‘GMP’ semenjak dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba tempatan dan mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik.

Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

Pengilangan

Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki 7 buah kilang bertaraf GMP yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba roselle, pegaga, misai kucing, jagung, serai, pisang dan ternakan ayam, itik, lembu dan kambing organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi. Kini jumlah pekerja kilang HPA melebihi 1000 orang.

Kilang syarikat HPA terletak di alamat

1. B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis.
2. Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis.
3. Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah.
4. Kilang Cola Radix, Kaw. Perindustries Sg.Lalang, Sg.Petani, Kedah.
5. Kilang Kopi Radix, SME Bank Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.
6. Kilang Air Mineral HPA, Batu 14, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena Kedah.
7. Kilang Baja Organik, Bukit Tembaga, Padang Terap Kedah.

Pentadbiran & Pengurusan

Keutamaan pelanggan sememangnya menjadi amalan pihak pengurusan. Untuk menjamin organisasi yang berdaya maju, beberapa bahagian yang diketuai pengurus-pengurus terlatih telah diwujudkan. HPA Industries Sdn Bhd diterajui oleh Pengarah Urusan, dibantu oleh enam orang Pengurus Besar iaitu :

1. Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd
2. Pengurus Besar HPA Food & Beverage Sdn Bhd
3. Pengurus Besar HPA Industries Sdn Bhd
4. Pengurus Besar Akaun
5. Pengurus Besar PT Wahida Indonesia.
6. Pengurus Besar Sistem Pengurusan Maklumat MIS

Untuk melicinkan urusan perjalanan syarikat, beberapa pengurus, penyelia dan juga eksekutif dilantik.

HPA dan Anak Syarikat

Syarikat-syarikat HPA dan aktiviti ekonominya adalah seperti berikut:

1. Al-Wahida Marketing Sdn Bhd - Pemasar semua produk melalui perniagaan MLM
2. HPA Industries Sdn Bhd - Pengeluar ubat-ubatan herba
3. Cola Radix Sdn Bhd - Pengeluar minuman berkarbonat (Radix Cola dll)
4. HPA Food & Beverage Sdn Bhd - Pengeluar minuman dan makanan
5. Radix Industries Sdn Bhd - Pengeluar Kopi Radix
6. HPA Farm Sdn Bhd - Pengeluar ayam dan air mineral
7. HPA Ilham Sdn Bhd - agensi pelancongan
8. RFC Sdn Bhd - Restoran Radix Fried Chicken (RFC)
9. El- Zaharaa Sdn Bhd - Hotel, homestay, JHS, HPA collection, toharah dobi
10. Centella White sdn Bhd - Produk kosmetik

Keunggulan Perniagaan HPA

1. 100% milik Bumiputra Muslim
Sebuah perniagaan 100% milik Bumiputra Muslim dan telah lebih 20 tahun berada dalam industri herba.

2. Produk pelbagai jenis, Suci & Halal
Lebih 100 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri daripada produk kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan, minuman, kosmetik, umrah & haji dan lain-lain lagi. Sasaran HPA ialah mengeluarkan 500 jenis produk lagi pada masa akan datang.

3. Harga murah dan berpatutan
Harga produk HPA sangat kompetitif dan berpatutan. HPA juga menekankan prinsip IHSAN dalam soal harga produk. Ini bertujuan untuk membolehkan setiap golongan tidak kira kaya atau miskin mampu memilikinya.

4. Mendapat pengiktirafan MLM Syariah
HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai 1997 dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia.

5. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan
Semua pekerja kilang diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja.

6. Perubatan JAWI
HPA memperkenalkan konsep PERUBATAN JAWI yang menggabungkan sumber Ilahiah dan Alamiah. Ianya terdiri daripada perubatan herba, ilmu diagnosis penyakit melalui tapak tangan, anak mata dan juga perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi dan lain-lain lagi. Semua ahli berpeluang untuk mempelajarinya.

7. Kebajikan
Setiap bulan HPA akan menginfakkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim. Ini bermakna anda membeli sambil beramal.

8. Plan Pemasaran Hebat
Tawaran 11 ganjaran lumayan kepada para pengedar melalui plan pemasaran Era Baru yang terbukti berjaya melahirkan usahawan HPA dengan pendapatan 5 angka sebulan.

9. Latihan Keusahawanan
Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) diwujudkan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua ahli untuk menjalankan perniagaan MLM Syariah HPA. Program ini sangat berkesan sehingga berjaya melonjakkan jualan bulanan HPA. Kursus ini dikendalikan oleh pemimpin-pemimpin HPA yang berjaya dikalangan Pengarah Jati Setia (PJS).

10. Pengiklanan Produk Di Media Massa
HPA mengiklankan produknya seperti Kopi Radix, Radix Cola, Sarsi, Cereal di TV3, TV9, akhbar harian, pengangkutan awam dan di papan-papan iklan.

11. Koperasi Wahida Berhad
HPA menubuhkan Koperasi Wahida Berhad untuk memberi peluang kepada ahli menikmati keuntungan bersama. Anggaran pulangan 10%-20% setahun.


 

PUAN AZIAN: 012 9887109 - Penaja 1
ZAM: 017 9060969 - Penaja 2

 

 

 Copyright © 2009 www.nzherba.com Design by : eniaga
NZ Herba Shop,
Pt 760 No. 10, Kedai SEDC Kemasek, 24200 Kemasek, Kemaman, Terengganu Darul Iman